10/23/11

Dialog orang hati tak cantik…..

p/s:

Bukan n3 menyakiti sesiapa, sekadar ingatan buat diri dan semua... segala nama, peristiwa dan semua yg tertulis hanyalah rekaan semata2 agar cth senang di fahami semua.... :)

1)Kalau orang pandai dan sentiasa dapat result best2

  • “alah kalau result tinggi pun nk buat apa, keje asyik meniru je, pandai bukan blh harap, kedekut nak mati nak kongsi ilmu yg dia ada dgn org lain”
  • “mana tak best result dia jah oii, pompuan tu kan ke kuat mengampu pensyarah, konfem2 ada habuannya,ntah2 ada skandal dgn pensyarah tu....hmmm

2)kalau result rendah je...

  • “kau tgk tu jah anak si minah tu, asyik berhibur je kejenya, mana nak pandai, dahlah tu bila anak dpt markah rendah, sibuk duk mengadu kat kita, bukan nak ajar anak btul2 suruh belajar kasi pandai..., buat sakit telinga aku je dengar rintihan dia tu hari2”
  • “kau ni tak tahu malu ke periksa asyik dpt mrkah rndah je, ..berhenti2 je lah belajo, buat habis beras mak ayah kau je..belajar pagi petang malam pun, macam tu gak, kalau dah dasar anak beranak lembap, lembap lah jugak sampai ke sudah.."

3)Kalau orang miskin tiba2 jd kaya

  • "si dol tu konfem2 ada main benda halus tu, ntah2 bela hantu raya…”
  • "kau tgk tu, dulu nk beli beras pn tkde duit, skrg senang2 je naik kereta… tu msti anak si bedah tu jual benda haram tu,takpun malam2 wat part time merompak rumah orang…”

4)Kalau orang kaya jatuh miskin

  • “tulah, waktu senang sombong nak mati….. kan dah dpt balasan, padan muka, jgn harap aku nk tolong..”
  • "kaya makan harta haram, mmg macam tu, tak berkat,tak lama senangnya…”

5)Kalau orang muda kahwin orang tua/ orang tua kawin org muda

  • "Kalau pasal harta,mcmtulah, tk kira tua muda semua dia nak, janji nanti dpt harta byk, senang hidup hari2 goyang kaki....”
  • "kau tgk org tua tu, tk sedar diri btul, gatal nak mati… macam dah takde org sebaya nk kawin..”

6)Kalau orang cuba nak bagi nasihat

  • “blh tak kau tgk diri sendiri dulu,btul sgt ke smpai sesuka hati nk nasihat aku?... tlg jaga tepi kain sendiri dulu ea… lagipun dosa aku, aku tanggung, dosa kau, kau yg tanggung,, so jgn masuk campur urusan aku”

7)Kalau orang tak endahkan saudaranya buat silap

  • “kau tgk tu jah, anak sedara sndiri buat jahat, bukan kata nak tlg tegur ke nasihat ke…. main buat tak layan je… tapi tu lah kan, camne nk tegur orang, kalau diri sndiri pn tak berapa nak lurus hidupnya..”

Nota hati:

Kita prnah mcm ni tak?.. harap-harapnya kita dijauhkan dari menjadi org2 spt di atas..kalau pernah?.. jawapannya senang je dik non... tinggalkan perkara sia2 macam ni, bukan nanti tapi sekarang... tiada habuan indah pun yg akan kita dpt, Cuma dosa dan sia2 je yg mampu kita peroleh… apakata lps ni kalau tgk ada apa2 peristiwa yg berlaku dpn mata kita, kita cpat2 pikir yg baik2 je.. lagi elok kita doakan sekali mereka agar bahagia di dunia dan di sana serta beroleh keberkatan dari Yang Esa… kan ke manis tu… caci maki dan umpat keji tu hanyalah indah sebab syaitan yg bisikkan ke telinga kita bhw semuanya itu indah, tapi pada hakikatnya batin terseksa sebab sampai bila2 pun kita tak senang duduk sebab sentiasa tak puas hati dgn apa yg orang miliki…hari2 rasa panas badan kalau tak dapatkan berita sensasi.. so, mulai hari ini, penulis ingatkan kat diri penulis sendiri dan yg membaca agar sama2 kita elak diri dr benda2 yg melalaikan ini,lagi byk benda berfaedah yg Allah suka yg blh kita lakukan di bumi ini,,,…. :)

10/22/11

KENAPA AKU MISKIN?


nota hati: gambar sekadar hiasan

Seringkali org2 yg mempunyai harta yg krg bertanyakan soalan ni pd diri… bkn semua, tapi kebanyakannya… bukan selalu tetapi kdg2.. bukan merintih tp hairan….so, di sini penulis highlihtkan soalan balas balik kat diri kita andai soalan di atas berlegar dlm fikiran…

  • Kalau Allah bg aq kaya, mungkinkah aq pandai berjimat cermat spt skrg?, sedangkan syaitan setiap detik memujuk kita berboros dengan apa yg ada & mampukah kita tidak mengendahkan pujukan si syaitan itu..?
  • Kalau Allah kurniakan kemewahan pd aq, mungkinkah aq dpt merasa dan menyelami kesusahan org lain…? Sedangkan syaitan sntiasa hasut kita agar tidak pedulikan kesusahan org dan bermewah dgn harta yg ada sendirian & mampukah kita menepis hasutan si syaitan itu?..
  • Kalau Allah limpahkan aq dgn harta yg bergunung ganang, mungkinkah aq tetap bersederhana dan berjalan di bumi Allah ini dgn penuh keinsafan? Sedang syaitan sering Sogokkan kita agar bersikap bongkak dan sombong & mampukah kita mengabaikan Sogokan si syaitan itu?
  • Kalau Allah hadiahkan aq dgn wang berjuta, mungkinkah aq ingat pd yg tiada dan menghulurkan bantuan seadanya.. berkongsi kesenangan bersama si papa?.. sedang syaitan bisikkan ke telinga dgn hasutan jahatnya agar tidak pedulikan si miskin yg hanya tahu meminta tetapi tidak pandai berusaha & mampukah kita berlagak tidak mendengar bisikan jahat si syaitan itu?
  • Kalau Allah berikan kita emas dan berlian dgn banyaknya, mungkinkah kita ingat utk membayar zakat dan memberi sedekah,? sedang syaitan sentiasa memujuk kita dengan bola kata yg hina agar kita simpan semuanya itu hanya utk diri dan keluarga kita shj dan mampukah kita untuk tidak termakan dengan pujukan hina si syaitan itu?

Kalau semua soalan di atas kita masih ragu2 dgn jawapannya, maka bersyukurlah kita dgn apa yg Allah berikan pada kita buat masa sekarang.. sebab syaitan menyesatkan kita tidak kira masa.. syaitan memujuk kita ke arah kejahatan tidak mengira tempat..dan mampukah kita melawan segala hasutan jahat musuh kita itu?...ingatlah, kekayaan di dunia tidak menjamin kedamaian di sana… kemewahan di sini belum dapat membantu kita di alam yg kekal nanti andai kita tidak pandai memanfaatkannya ke jalan yg Allah redhai.. miskin bukan beerti kita hanya tahu meminta… susah bukan bermakna kita malas berusaha.. tetapi itu ujian dari Yang Maha Mengetahui.. Pencipta kita yang tahu segalanya di sebalik apa yg Dia rancangkan utk hambaNya… sekuat mana pun kita berusaha, andai Allah ingin uji kita dengan kemiskinan jua, kita tidak punya kuasa untuk menidakkan kehendakNya.. kerana Dia punya rancangan terbaik buat kita… andai kita tidak mewah dengan harta, usah bimbang tetapi berusahalah sehabis daya agar kita mewah dengan amal dan cukup bekalan utk ke sana.. alam abadi yg kekal selamanya… namun andai kita diberikan ujian olehnya dengan kemewahan berlipat ganda, jgn jadikan ianya sbg satu beban ataupun keseronokan semata, tetapi belanjalah di jalan Allah dan ingatlah yg serba kekurangan, hulurkan bantuan seikhlasnya agar nanti kita tidak dihukum kerana kelalaian kita dengan harta2 tersebut tetapi disayangi Allah kerana ikhlas berkongsi hanya kerana Yang Maha Memberi.. Allah Maha Penyayang dan Dia tidak akan datangkan ujian yang hambaNya tidak mampu untuk menanggung..segala ujian yang hadir dalam hidup kita semuanya Allah tahu bhw kita mampu untuk memikulnya… penulis bukan arif berbicara dan tahu segala hal yg berkait dengan agama, tetapi ilmu yg ada setitik Cuma ini dan sedikit pengetahuan yang Allah anugerahkan ini diharap dapat menyedarkan dan memberi kesedaran kepada diri penulis sendiri dan sesiapa jua yang membaca..

Nota hati: berusaha kita menuju redha Allah dan jangan terleka kita mencari kebahagiaan dunia yang sementara ini shg kita lupa bhw semakin hr ajal kita semakin mendekati bukannya semakin menjauhi… maaf andai ada kekhilafan dalam n3 ini, kerna penulis hanya manusia biasa yang tidak sempurna & tidak lepas dr kesilapan… smg kita dpt sama2 berpesan kearah kebaikan dan mencegah diri dr segala kejahatan..

Maksud panggilan untuk suami/isteri anda..

nota hati: gambar sekadar hiasan

Anda pernah tahu tak maksud di sebalik kata panggilan yang anda gunakan untuk suami/isteri anda? anda tahu tak sebenarnya ada satu harapan dan doa terselit di sebalik kata panggilan tersebut..tk pernah tahu?...hmm.. kalau camtu meh sini saya nak bagitahu kt anda apa maksud harapan di sebalik kata panggilan tersebut.. shhhhh…

1.Sayang:
  • smg sayang saya pada kamu sentiasa berkekalan dan sayang kamu pada saya sentiasa hangat serta sayang kita diredhai Yang Esa.

2.Manja/Anje:

  • Semoga kemanjaan yang kamu miliki hanya untuk saya seorang dan semoga saya sentiasa senang dengan sikap manja kamu itu dan smg Allah limpahkan rumahtangga kita dengan warna2 kebahagiaan.

3.Abang / bi:

  • Semoga kamu sentiasa menjadi pelindung saya, penasihat saya, dan penjaga saya. Sesungguhnya saya bersyukur dengan hadiah yang Allah kurniakan kepada saya ini sebab kamu sudi melindungi, menasihati dan menjaga saya saat saya memerlukan kamu.

4.Nama isteri (cth: leya, nur, nora elena…dsbg.. :))

  • Smg kamu sentiasa sempurna di hati saya walau hakikatnya kita semua tidak ada yg sempurna, smg sayang dan cinta sy pada kamu sentiasa bertambah dan tidak kan sedikit pun berkurang kerana kamu adalah insan yg paling aku cinta dan sayang, dan smg Allah lindungi kita dari perasaan benci dan sakit hati.

5.Baby:

  • Smg kamu sentiasa comel di hati saya walau apa jua keadaan kamu dan semoga saya juga tetap comel di jiwamu… smg hati kita jua comel dgn kebaikan dan terhindar dari benda2 yg merosakkan hati dan minda.

6.Dear:

  • Smg kita sentiasa hangat dengan kasih, cinta, dan sayang antara satu sama lain. Dan smg Allah melindungi kita dan keturunan kita dari sebarang hasad dengki dan permusuhan.

7.Busuk/ ucuk:

  • Semoga hati kita sentiasa mekar mewangi dengan kasih sayang serta antara kita sentiasa ingat bhw cinta Allah adalah segalanya.

8.Kanda/dinda:

  • Smg kita sentiasa saling melengkapi antara satu sama lain & smg kita sentiasa bersama berusaha kearah kebahagiaan yang hakiki di alam sana dan mudah-mudahan kita sama2 berusaha menjauhi diri masing2 drp perkara dunia yang melalaikan sesama kita.

Ha… skrg dh tahu kan maksud harapan yg tersirat di sebalik kata panggilan anda terhadap suami/isteri anda?... so, lepas ni bila panggil kesayangan anda tu, jangan kasar2 ea, panggil lah dengan penuh kasih syg, dan smg harapan yg terselit di sebalik tu menjadi kenyataan…

Nota hati: penulis menulis dari hati dan idea yang tercetus dari akal fikiran kurniaan Illahi cuma..tiada bukti saintifik yg sahih pun, tapi apa salahnya selepas ni jadikan ianya bukan panggilan semata ea, smg ada harapan dan doa di situ… harapan yg terbaik untuk anda dan kesayangan anda. Penulis doakan anda semua bahagia di dunia dan di akhirat dan rumahtangga anda disulami dengan kegembiraan yang disebaliknya tidak pernah melupakan Nya yg mengurniakan anda kebahagiaan tersebut :)

ADAKAH INI JEJAKA PILIHAN HATI ANDA?

nota hati: gambar sekadar hiasan....(tajuk jejaka, tapi tiba2 gmbar budak perempuan comel ni plak kan?.. tk sesuai langsung..hehe, nk buat camne, dah sy tkde anak sedara lelaki utk dijadikan model..hik hik...layann...)

Anda nak tak kalau buah hati pengarang jantung anda tu seorang yg kacak, romantic, berkerjaya, kaya, pemurah, pandai berjenaka, menghormati anda sebagai wanita dan sentiasa mengambil berat pasal anda?... hmm mesti nak kan. Tipulah kalau ckp tk…sy pn nak.. namun, andaikata semua ciri2 tu dah ada, tapi……….. kalaulah si dia ni…..

  1. Kacak tahap mengalahkan hero Malaya, bollywood, dan holllywood.. sekali dia dengan segaknya berjalan di jalanan, semua wanita terpegun dan terpesona… tapi, sentiasa berbangga dengan kekacakan yg dimilki dan kdg2 sesuka hati memburukkan mereka yg tk cantik pada pandngan matanya..
  2. Romantik sampaikan hari2 ucapkan kata2 cinta pada anda dan menyayangi anda sebagai pasangan kekasihnya sepenuh hati…coklat dan bunga toksah ckplah, hr2 ada je posmen peribadi dier yg tlg hantarkan kat anda.. tetapi, tidak segan silu bermanja dan berpimpin tangan dengan anda di hadapan khalayak walaupun saat tu baru je rancang nk masuk merisik.. maknanya tk kawen lg lah kan..hehe
  3. Mempunyai kerjaya yang bagus dan kedudukan kewangan yg kukuh. Pendek kata kalau nak tukar kereta hari2 pn pejam sebelah mata je konfem dapat punya.tetapi kedekut toksah nk citer r, hari2 makan mee maggi sbb katanya harta yg ada utk simpanan anda dan dia di hr tua..blh caye ke?..ntah..haha
  4. Pemurah sangat dengan anda sebab anda wanita yg plg dicintainya. Kalau anda mintak segunung emas intan berlian permata pn dia sanggup bagi kat anda…Tetapi kalau dgn anak2 yatim atau org yg tkde kena mengena dengannya perlukan bantuan, haram dia nk hulurkan walau satu sen pun.
  5. Pandai berjenaka sehinggakan kalau anda bersamanya memang tak kering gusi punyerlah.. sampaikan kdg2 anda hampir nk kena strok sbb trlalu kuat ketawa dengan keletah geli hatinya tu…tetapi dengan anak2 kecil jangan kata nk di ajak bergurau senda, nk senyum kat si comel tu pun payah..
  6. Menghormati anda sebagai wanita.. sampaikan dia sanggup bukak langkah silat kalau ada sape2 yg cuba merendahkan anda dan menyakiti hati anda… tetapi dengan org tua jangan kata nk hormat, salam dengan diaorang pun tk pernah nk cium tangan tanda hormat..hmm..
  7. Ambil berat pasal anda sampaikan kalau anda sakit, doctor tak sempat lagi nak bagi ubat, dia cepat2 dah suapkan ubat utk anda… tlg picitkan kepala anda… tolong hiburkan hati anda agar kurang rasa sakit yg dialami, tetapi kalau org tua kat kampong suruh balik sebab adik bongsu dia yg masuk hospital teringin nk jumpa dengannya, dengan selambanya dia akan jawab, “alah doctor kan ada nk jaga adik, takyah susahkan saya nk blik semata2 nk tengok n jumpa dia.. bukan sakit kuat pun.. mengada2…”huhu

ha,...Agak2 anda minat lagi tak kt dorang kalau anda tahu perangai di sebalik kesempurnaan yang dimilikinya tu..?... hmmm…. pikir jap..hehe

Adik2 semua… kalaulah ditakdirkan jodoh kita tu sempurna tetapi disebalik kesempurnaan yg ada terselit sifat yg kurang menyenangkan, janganlah kita terus reject dia ea… sebab tiada manusia yg sempurna pun di dunia ini… apa kata kita sebagai wanita yg dicintainya ni, cuba sedaya mungkin untuk menarik dia kearah yg lebih baik… jadikan kasih sayang dia terhadap kita sebagai satu senjata utk kita sama2 menegur dan belajar menjadi yg baik buat pasangan masing2 dan org sekeliling… sentiasa saling ingat mengingati dan berpesan sesama sendiri… mudah-mudahan yg buruk kita jadikan sempadan dan yg baik kita jadikan teladan.. kita juga sentiasa kena ingat bhw jodoh yg Allah tetapkan utk kita adalah yg terbaik buat kita.. kekurangan yg dia miliki tidak seharusnya kita jadikan satu alasan untuk kita menghentam, meleteri dan membencinya, tetapi jadikan ia sebagai satu perkara yg boleh memberikan kita inspirasi untuk membantunya kearah kebaikan sebab kekasih yg baik akan sentiasa mengajak pasangannya melakukan perkara yg Allah redhai… oleh itu, bercintalah dengan setulus hati tetapi tidak melupakan kasih Illahi… semoga jodoh yg tercipta utk kita membawa kita ke jalan kebahagiaan bukan sahaja di dunia tetapi jua di akhirat sana. :)