10/22/11

ADAKAH INI JEJAKA PILIHAN HATI ANDA?

nota hati: gambar sekadar hiasan....(tajuk jejaka, tapi tiba2 gmbar budak perempuan comel ni plak kan?.. tk sesuai langsung..hehe, nk buat camne, dah sy tkde anak sedara lelaki utk dijadikan model..hik hik...layann...)

Anda nak tak kalau buah hati pengarang jantung anda tu seorang yg kacak, romantic, berkerjaya, kaya, pemurah, pandai berjenaka, menghormati anda sebagai wanita dan sentiasa mengambil berat pasal anda?... hmm mesti nak kan. Tipulah kalau ckp tk…sy pn nak.. namun, andaikata semua ciri2 tu dah ada, tapi……….. kalaulah si dia ni…..

  1. Kacak tahap mengalahkan hero Malaya, bollywood, dan holllywood.. sekali dia dengan segaknya berjalan di jalanan, semua wanita terpegun dan terpesona… tapi, sentiasa berbangga dengan kekacakan yg dimilki dan kdg2 sesuka hati memburukkan mereka yg tk cantik pada pandngan matanya..
  2. Romantik sampaikan hari2 ucapkan kata2 cinta pada anda dan menyayangi anda sebagai pasangan kekasihnya sepenuh hati…coklat dan bunga toksah ckplah, hr2 ada je posmen peribadi dier yg tlg hantarkan kat anda.. tetapi, tidak segan silu bermanja dan berpimpin tangan dengan anda di hadapan khalayak walaupun saat tu baru je rancang nk masuk merisik.. maknanya tk kawen lg lah kan..hehe
  3. Mempunyai kerjaya yang bagus dan kedudukan kewangan yg kukuh. Pendek kata kalau nak tukar kereta hari2 pn pejam sebelah mata je konfem dapat punya.tetapi kedekut toksah nk citer r, hari2 makan mee maggi sbb katanya harta yg ada utk simpanan anda dan dia di hr tua..blh caye ke?..ntah..haha
  4. Pemurah sangat dengan anda sebab anda wanita yg plg dicintainya. Kalau anda mintak segunung emas intan berlian permata pn dia sanggup bagi kat anda…Tetapi kalau dgn anak2 yatim atau org yg tkde kena mengena dengannya perlukan bantuan, haram dia nk hulurkan walau satu sen pun.
  5. Pandai berjenaka sehinggakan kalau anda bersamanya memang tak kering gusi punyerlah.. sampaikan kdg2 anda hampir nk kena strok sbb trlalu kuat ketawa dengan keletah geli hatinya tu…tetapi dengan anak2 kecil jangan kata nk di ajak bergurau senda, nk senyum kat si comel tu pun payah..
  6. Menghormati anda sebagai wanita.. sampaikan dia sanggup bukak langkah silat kalau ada sape2 yg cuba merendahkan anda dan menyakiti hati anda… tetapi dengan org tua jangan kata nk hormat, salam dengan diaorang pun tk pernah nk cium tangan tanda hormat..hmm..
  7. Ambil berat pasal anda sampaikan kalau anda sakit, doctor tak sempat lagi nak bagi ubat, dia cepat2 dah suapkan ubat utk anda… tlg picitkan kepala anda… tolong hiburkan hati anda agar kurang rasa sakit yg dialami, tetapi kalau org tua kat kampong suruh balik sebab adik bongsu dia yg masuk hospital teringin nk jumpa dengannya, dengan selambanya dia akan jawab, “alah doctor kan ada nk jaga adik, takyah susahkan saya nk blik semata2 nk tengok n jumpa dia.. bukan sakit kuat pun.. mengada2…”huhu

ha,...Agak2 anda minat lagi tak kt dorang kalau anda tahu perangai di sebalik kesempurnaan yang dimilikinya tu..?... hmmm…. pikir jap..hehe

Adik2 semua… kalaulah ditakdirkan jodoh kita tu sempurna tetapi disebalik kesempurnaan yg ada terselit sifat yg kurang menyenangkan, janganlah kita terus reject dia ea… sebab tiada manusia yg sempurna pun di dunia ini… apa kata kita sebagai wanita yg dicintainya ni, cuba sedaya mungkin untuk menarik dia kearah yg lebih baik… jadikan kasih sayang dia terhadap kita sebagai satu senjata utk kita sama2 menegur dan belajar menjadi yg baik buat pasangan masing2 dan org sekeliling… sentiasa saling ingat mengingati dan berpesan sesama sendiri… mudah-mudahan yg buruk kita jadikan sempadan dan yg baik kita jadikan teladan.. kita juga sentiasa kena ingat bhw jodoh yg Allah tetapkan utk kita adalah yg terbaik buat kita.. kekurangan yg dia miliki tidak seharusnya kita jadikan satu alasan untuk kita menghentam, meleteri dan membencinya, tetapi jadikan ia sebagai satu perkara yg boleh memberikan kita inspirasi untuk membantunya kearah kebaikan sebab kekasih yg baik akan sentiasa mengajak pasangannya melakukan perkara yg Allah redhai… oleh itu, bercintalah dengan setulus hati tetapi tidak melupakan kasih Illahi… semoga jodoh yg tercipta utk kita membawa kita ke jalan kebahagiaan bukan sahaja di dunia tetapi jua di akhirat sana. :)

No comments:

Post a Comment