10/9/11

mahu cantik @ seksa?

gambar sekadar hiasan... abaikan teddy along yg dh brtukar warna tu ea... hehe

Hai.. hr ni aku kembali dengan idea yang ramai sgt dah sibuk2 duk kongsikan… termasuk gak aku yg bru hr ni mengada2 nk kongsi gak pa yg aku rasa nk kongsi… (ayat aku sgt serabut kan… layan je…hehe)

Ramai yang anggap wanita dan kecantikan ni mmg sesuatu yg susah sgt2 nk dipisahkan… majority wanita nak dianggap, dilihat dan merasa cantik sentiasa bukan sahaja di mata sendiri malah di mata org lain.. termasuk gak aku.. haha

So, ni aku nak ckp sikitlah kan pengalaman aku yang berkait dengan soal kecantikan ni.. pendekkan citer, dulu oleh kerana aku obsess nk kelihatan cantik, aku selalu marahkan diri aku sendiri sebab tak cantik mcm kwn2 aku.. aku malu setiap kali nk kluar melihat dunia sbb aku rasa aku akan ditertawakan olh org len (sgt mengada kan... tp btul dolu2 aku mcm ni...).. kdg2 aku naik angin bila aku try nk jd cnttik tapi tk menjadi.. teruk aku time tu.. asyik rendah diri je kojenya… huhu… dan… pernah aku menyalahkan takdir knp aku tdk dilahirkan secantik kakakku dan kwn2 aku yg lain.. aku tak putih… tak mempunyai hidung yg mancung.. tak langsing… tak berperwatakan menarik… tak berkulit mulus mcm gadis2 di luar sana… selalu aku kutuk diri aku sendiri… namun, sekarang bila aku fikir balik, betapa aku rasa aku sangat berdosa… aku sangat tak pandai nak bersyukur dengan kurniaan ILLAHI.. aku terlalu berfikiran sempit sbb dulu aku rasa wanita cantik akan dapat perhatian ramai dan akan peroleh apa yang mereka hajatkan.. sungguh aku rasakan aku dulu sangat teruk… ASTAGHFIRULLAH..

Dan kini…, aku sentiasa berfikir kenapalah aku sanggup lakukan semua benda2 yg teruk tu dulu hanya kerana nak kelihatan CANTIK… sedangkan di sebalik apa yang aku dah ada, terselindung beribu rahmat yang aku tak pernah Nampak dan cuba untuk rungkaikan selama ni…

  • Aku selalu fikirkan knp aku tidak berkulit putih sedangkan kulit yg putih blm tentu menjadikan seseorang mempunyai hati yang putih bersih juga..
  • Aku selalu inginkan hidung yang mancung, sedangkan hidung yang aku ada sekaranglah yang Allah bagi yang membolehkan aq menyedut udara Allah sehingga ke saat ini… beribu jenis wangian yg Allah ciptakan telah aku hidu…
  • Aku selalu inginkan badan yang langsing, sedangkan aku tak terfikir selama ni, kalaulah Allah jadikan aku sekurus mereka yang kebuluran tidak memunyai makanan di dunia luar sana, sudah tentu aku tidak mampu bergerak aktif seperti sekarang.. tidak bertenaga melakukan aktiviti harian seperti hari ni..
  • Aku selalu inginkan kulit yang mulus seperti bayi, sedangkan selama ini aku tidak pernah bersyukur dengan kurniaan Allah yang satu ini dan terfikir kalaulah Tuhan berikan aku kulit yang mulus namun alah dengan pelbagai benda dan persekitaran, apa akan jadi pada aku… tentu susahkan aku nk lakukan kerja seharian aku, dan beribu duit akan dihabiskan semata-mata untuk berubat mendapatkan kulit yg sihat..
  • Aku selalu inginkan perwatakan diri yang menarik yang mampu membuat orang tertawan dengan aku, sedangkan selama ini aku tidak terfikir andai aku seorang yang sangat menarik di mata orang lain, sudah tentu aku tak bebas ke mana-mana, asyik diganggu selalu sbb daya penarik yang aku ada…
  • Aku selalu ingin menjadi seorang wnaita yang sempurna, sedangkan selama ini memang Allah telah jadikan aku seorang yg sempurna tanpa ada cacat celanya.. aku ada segala deria, aku punya segala anggota badan yang lengkap, aku ada kemampuan untuk berfikir sehingga aku punyai peluang belajar dan belajar setiap hari..

Oleh itu gadis2 di luar sana, janganlah menjadi seperti aku yg selalu melihat diri tidak sesempurna gadis cantik di luar sana… org yg cantik fizikalnya blm tentu menjamin kecantikan dalaman juga.. org yang cantik tidak menjamin di manakah tempat terakhir kita nanti, samada disyurga atau neraka… org yg cantik tidak semestinya bahagia hanya krn kecantikan yg dimiliki… mrk sudah tntu punya konflik hidup tersendiri sebab tiada sesiapa di dunia ini hidup tanpa diuji oleh penciptaNya… kecantikan, kemewahan, dan kecerdikan itu adalah satu ujian… ketidaksempurnaan, kemiskinan dan kebodohan itu juga satu ujian.. yang penting kita laksanakan tugas kita sebagai hambaNya dengan sebaik-baiknya… mudah-mudahan penghujung cerita kita adalah kesudahan yang baik yang diredhai oleh Allah bukan kesengsaraan dan kemurkaan dari Nya…

Nota kaki: aku tahu sdh berapa ramai yg cuba membuka mata mereka di luar sana bhw kecantikan bukanlah segala-galanya bagi diri seorang wanita… tetapi ini semua dari sudut pandangan aku, aku sedar bhw keinginan melampau untuk melihat diri secantik org lain merupakan satu benda yang menyeksakan kerana kita manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada… Cuma satu cara untuk membuat diri kita sentiasa merasa cukup iaitu dengan bersyukur dengan segala nikmat dan kurniaan yang Allah telah anugerahkan pada kita selama ini… andai dihitung, tidak termampu rasanya kita untuk menghitung setiap kurniaan dariNya kerana nikmatNya terlalu banyak.. oleh itu bersyukurlah.. jadikanlah diri kita bukan semata2 cantik di luar, tetappi cantik dan bersih jua di dalam…

No comments:

Post a Comment