11/16/11

KIRANNYA JODOHKU..... ?

Andai diri menginginkan seorang pasangan yang sempurna paras rupa, ingatlah yang terlukis di wajah itu bukanlah kekal cantik sepanjang usia

Andai diri menginginkan pasangan yang terjamin kerjaya dan hartanya, ingatlah itu semua hanya pinjaman dariNya dan akan ditarik bila2 masa sahaja

Andai diri menginginkan pasangan yang pandai menuturkan bicara dan kata2, ingatlah kadangkala yang manis di bibir itu tidak sama dengan yang tersembunyi di sudut hati

Andai diri menginginkan pasangan yang cukup pengetahuan agama dan ikhlas dengan kita, insyaallah bahagia menjadi milik kita, namun kiranya masih ada masalah menimpa, ingatlah jua bahawa itu adalah ujian dariNya yang ingin menguji tahap keimanan hamba2Nya.

Namun tidak salah kita mengharap pasangan kita punya segala pakej yang lengkap, yang salah adalah bila diri terlalu berbangga dengan kesempurnaan yang dimiliki pasangan masing2, sebab kita bukan selalu bernasib baik walau diri sudah punyai apa yang dinginkan hati… kita tidak bisa menjamin bhw jodoh kita akan kekal selamanya kerana itu semua kerja Allah Yang Maha Mengetahui, tapi kita bisa berusaha agar perhubungan yang terbina sentiasa diredhai Illahi dan jadikan kesempurnaan yang ada pada diri pasangan sebagai satu peluang berharga untuk kita sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki dan diberi oleh Illahi… :)

KESEMPURNAAN VS KEKURANGAN

Mana satu yg anda inginkan?

  1. Pertama: Rumah yg besar yg lengkap dengan segala keperluan dan kelengkapan mewah tetapi sunyi dan sepi dr kebahagiaan dan keceriaan, yg ada cuma perbalahan dan permusuhan… atau… kedua: rumah yg sederhana yg hanya punyai barangan keperluan asas tetapi kaya dengan kasih sayang dan dipenuhi dengan ketawa riang dan kegembiraan..
  2. Pertama: Kenderaan yg mewah yg dipandu kemana sahaja termasuk ke tempat hiburan dan kemaksiatan serta bertujuan untuk kemegahan dan gaya semata… atau… kedua: kenderaan biasa yg dipandu menuju ke tempat yg diredhai Tuhan dan sebagai pengangkutan untuk kesenangan setiap insan yang memerlukan..
  3. Pertama:Harta yang banyak yang dibelanjakan ke arah yang nafsu inginkan tanpa mengendahkan redha Tuhan… atau… kedua: harta yang cukup-cukup makan yg digunakan untuk keperluan harian yang halal dan untuk sama berkongsi dengan sesiapa yang kedaifan…
  4. Pertama: kekasih yang cantik, bergaya dan menawan yang pandai menggoda dan mengasyikkan tetapi tidak pernah menegur kita andai diri membuat kesilapan serta mementingkan status dan kedudukan… atau… kedua: kekasih hati yang tidak punyai wajah yang tampan dan menarik, tetapi sama2 berjuang ke arah kebaikan dan menegur kiranya masing2 berbuat kejahatan dan yg dipentingkan adalah redha Illahi…
  5. Pertama:Pakaian yg banyak yg semuanya mengikut peredaran zaman tetapi membawa kepada kemurkaan Allah bila disarungkan ke badan… atau… kedua: pakaian yg sederhana yg kadangkala kolot di pandangan tetapi berupaya menutup aurat dari terhidang percuma di hadapan orang…
  6. Pertama: diri sendiri yang punya pakej yg lengkap dr segi harta, penmpilan dan kerjaya namun sentiasa alpa untuk menyerah diri kepada Tuhan kerna fikiran sentiasa dihasut syaitan bhw ajal hanya dtg utk yg telah berusia sedangkan tarikh sebenar diri akan dijemput menghadap Tuhan hanya Dia Yang Maha mengetahui… atau… kedua: diri sendiri yg serba kekurangan dari segi wang ringgit, imej diri dan pendidikan, tetapi sentiasa cuba mencari ilmu dunia dan akhirat dan berusaha menambah amal kebajikan kerna di dalam hati sentiasa tertanam kukuh satu perkara yg penting bhw ajal dtg tanpa mengira waktu dan keadaan sebab segalanya telah Tuhan tentukan..

Jadi mana satu pilihan anda… mungkinkah anda merasakan penulis memperbodoh-bodohkan anda dengan soalan yg begitu kontra?.. sedangkan budak hingusan pun tahu bhw semua soalan pastinya jawapan kedua menjadi pilihan… tetapi ingatlah, andai diri sudah lena dengan ulitan kesenangan dan lali dengan bisikan si syaitan, soalan pertama mungkin menjadi pilihan… kerna syaitan sentiasa memujuk kita ke arah kesenangan dan bukannya ke arah kesederhanaan, dan andai iman tidak kuat di dada, pastinya kita jatuh tersungkur dengan mainan halus musuh kita itu… ayuh bangkit dengan penuh kesedaran dan keinsafan… kerna di akhir garisan kita bukan ditemani dengan kesenangan dan kemewahan, tetapi amaln baik yang Allah redhai yg menjadi peneman.

Nota hati: maaf andai artikel ini ada kekurangan, penulis jua berdepan dengan kesilapan, yg pasti sama2 kita ingat mengingatkan, bukan sentiasa menjatuhkan… bersatu kita kuat, bercerai kita lemah…sebatang lidi senang dihancurkan, segenggam lidi payah di patahkan…sama2 renungkan dan selamat beramal menuju jalan yang Allah redhai.. :)