4/2/12

celaru

Assalamualaikum wbt
mula fikir nak straight to d point.. tp bila dh mula sejuk ckit, ayat dlm kepala mcm berlembut je nadanya... hmm.. apa masalah dah tahu.. tapi penyelesaiannya mcm tk difahami... cuba selesaikan tp mungkin belum kena gaya... ada yg masih buta hati menilai penyelesaian yg di lakukan. bukan pinta untuk di fokuskan diri dlm hal harian, cuma kalau taknak rasa menyampah, tlg jgn buat hati menyampah... sy manusia, sy cuba perbetulkan kesilapan tp kadang cubaan itu tk berjaya sbb sy bisa lakukan kesalahan yg sama. mungkin dgn pendekatan yg sama atau mungkin juga berbeza... sy sedar sy tersilap langkah tp bukan sengaja... lambat memahami tafsiran makhluk itu pada diri.. bila tafsiran dh menyimpang, diri diperkotak-katikkan... diri dianggap pencari publisiti murahan... tolonglah wahai hamba Allah, hidup banyak dgn ujian.. hidup penuh dgn perkara d luar dugaan. jgn nk memanjangkan cerita yg kita sendiri hanya tahu membuat andaian sedang hakikat jauh tersasar dr landasan... sy sedar siapa diri... sy akui silap diri walau bukan itu yg sy fikirkan... diri mula beroleh pengajaran agar perbuatan mesti disulam dengan sikap berhati-hati... sbb tafsiran orang mungkin menyimpang, bacaan minda insan banyak perbezaan... kalau diberi kekuatan dan kesempatan, ingin sy khabarkan padanya bhw bukan itu mksud sy... cuma benda spontan tanpa niat apa-apa... usah cuba menguji diri krn sy insan biasa yg akan cuak dgn permainan anda utk menguji diri... tk prlu menagih perhatian krn sy mula bosan... sy faham tapi kamu tersilap pengertian... mohon agar jangan panjangkan perkara yg sia2 ini... bosan dan sy mulai takut dgn perasaan menyampah yg sudah terbit dr dlm hati... itu pun bukan sengaja.. cuba dielakkan tp perbuatan anda merimaskan mata yg memandang dan menyesakkan fikiran yg kdg terasa jua utk memikirkan... hmm.. Ya Allah kurniakan kesedaran d hatinya bhw bkn itu niat sy, bkn itu yg sy fokuskan.. bkn apa yg dia fikirkan itu yg cuba sy lakukan.... jauh tersasar dari landasan kebenaran... mungkin ini ujian kecil yg sehingga saat ini ianya mulai mnjadi trauma dalam hati sy.... sesal tdk berguna... cuma pengertian dan sedar diri yg didambakan... tolonglah faham dan sy sedar diri dan sy pohon awak sedar diri.. sy rimas dan lemas.... pinta trakhir... fahamilah situasi dan cuba brfikir bhw bkn semua manusia berkenankan diri, sikap dan perangai awak... maaf andai ayat terakhir ni sgt kasar tp fahamilah dan sedarlah bhw ANDA TAK PERLU TERLALU PERASAN DIRI DAN BANGGA DGN KELEBIHAN YG DI MILIKI.... BKN SEMUA MANUSIA MEMANDANG KESEMPURNAAN YG ANDA KAGUMI ITU.... SEDAR JUA BHW ANDA MANUSIA BIASA YG TK LEPAS DR SALAH PENAFSIRAN... INGATLAH BHW NIKMAT KURNIAAN ALLAH SWT ITU BKN UTK DIBANGGAKAN TP UNTUK DI SYUKURI...

3/6/12

ciri-ciri pasangan romantis...

kalau nak tahu sama ada suami atau isteri kita tu seorang yg romantis atau tak, di bawah ni disenaraikan ciri-cirinya ye... :)

  1. Suami/isteri yang romantis sentiasa mencintai pasangannya setulus hati tanpa mengharapkan apa2 balasan dari pasangan, namun cinta tulusnya terhadap pasangan tidak melebihi cintanya pada Allah dan RasulNya.
  2. Suami/isteri yg romantis sntiasa mengingatkan pasangan agar sentiasa berusaha berjuang menuju ke arah jalan yang Allah redhai sebab dia ingin pasangannya bahagia bukan sahaja di dunia tapi jua di akhirat sana.
  3. Suami/isteri yang romantis langsung tidak ada kegembiraan di hatinya bilamana pasangannya tidak menurut perintah Yang Esa sebab dia bimbang pasangannya tidak akan menemui kegembiraan di sana kelak
  4. Suami/isteri yang romantis sentiasa mencari peluang untuk menghabiskan masa bersama pasangan dengan melakukan perkara yang Allah SWT suka dan meninggalkan larangan Nya sebab dia tak mahu masa mereka bersama di habiskan untuk sesuatu yg sia2
  5. Suami/isteri yang romantis sentiasa mengingatkan pasangan bahawa bahagia di dunia ini bersifat sementara cuma sebab dia tidak mahu pasangannya leka dengan kemewahan yang ada di muka bumi ini..
  6. Suami/isteri yang romantis tidak melekakan pasangan dengan pujian yang melambung tinggi cukuplah sekadar pujian ikhlas dengan diselitkan kata-kata syukur terhadap Tuhan atas kecantikan yang pasangan miliki sebab dia tahu pujian yang melampau bakal melalaikan pasangan dan dia bimbang pasangannya lupa bersyukur akibat pujian yang melampau2
  7. Suami/isteri yang romantis tidak pernah mahu menunjukkan kemesraan dan kasih sayang yang berlebihan di hadapan umum, cukuplah sekadar dia dan pasangan yang tahu bahawa mereka merupakan sepasang kekasih yang bahagia dan saling mencintai satu sama lain sebab dia tidak mahu ada yang terluka bila melihat kemesraan mereka. kenapa? sebab tidak semua insan di sekeliling mereka di kurniakan kebahagiaan seperti mereka dan kemungkinan ada yang cemburu dengan apa yang mereka kecapi itu.
  8. Suami/isteri yang romantis sentiasa mengungkapkan kata-kata yang membahagiakan pasangan bukan sahaja di saat sedang mengecapi kebahagiaan tetapi jua di kala mereka dan pasangan diselubungi duka dan lara.. sebab dia tahu pasangannya amat memerlukan sokongan dan kata semangat dari dia di kala kesempitan melebihi kata-kata indah di kala kegembiraan

So now, jom kita pakat jadi suami dan isteri yang paling romantis buat pasangan. siapa kata orang yang pandai menutur bicara dan mendendangkan lagu puisi sahaja yang romantis?.. kita2 yang langsung tak tahu sastera ni pun boleh jadi suami atau isteri yang romantis apa?... KITA?.. haha, penulis belum lagi ea... blm smpai masa, sekadar ingatan utk semua dan peringatan utk diri sndiri bila dah smpai waktu nanti.. :)...