3/6/12

ciri-ciri pasangan romantis...

kalau nak tahu sama ada suami atau isteri kita tu seorang yg romantis atau tak, di bawah ni disenaraikan ciri-cirinya ye... :)

  1. Suami/isteri yang romantis sentiasa mencintai pasangannya setulus hati tanpa mengharapkan apa2 balasan dari pasangan, namun cinta tulusnya terhadap pasangan tidak melebihi cintanya pada Allah dan RasulNya.
  2. Suami/isteri yg romantis sntiasa mengingatkan pasangan agar sentiasa berusaha berjuang menuju ke arah jalan yang Allah redhai sebab dia ingin pasangannya bahagia bukan sahaja di dunia tapi jua di akhirat sana.
  3. Suami/isteri yang romantis langsung tidak ada kegembiraan di hatinya bilamana pasangannya tidak menurut perintah Yang Esa sebab dia bimbang pasangannya tidak akan menemui kegembiraan di sana kelak
  4. Suami/isteri yang romantis sentiasa mencari peluang untuk menghabiskan masa bersama pasangan dengan melakukan perkara yang Allah SWT suka dan meninggalkan larangan Nya sebab dia tak mahu masa mereka bersama di habiskan untuk sesuatu yg sia2
  5. Suami/isteri yang romantis sentiasa mengingatkan pasangan bahawa bahagia di dunia ini bersifat sementara cuma sebab dia tidak mahu pasangannya leka dengan kemewahan yang ada di muka bumi ini..
  6. Suami/isteri yang romantis tidak melekakan pasangan dengan pujian yang melambung tinggi cukuplah sekadar pujian ikhlas dengan diselitkan kata-kata syukur terhadap Tuhan atas kecantikan yang pasangan miliki sebab dia tahu pujian yang melampau bakal melalaikan pasangan dan dia bimbang pasangannya lupa bersyukur akibat pujian yang melampau2
  7. Suami/isteri yang romantis tidak pernah mahu menunjukkan kemesraan dan kasih sayang yang berlebihan di hadapan umum, cukuplah sekadar dia dan pasangan yang tahu bahawa mereka merupakan sepasang kekasih yang bahagia dan saling mencintai satu sama lain sebab dia tidak mahu ada yang terluka bila melihat kemesraan mereka. kenapa? sebab tidak semua insan di sekeliling mereka di kurniakan kebahagiaan seperti mereka dan kemungkinan ada yang cemburu dengan apa yang mereka kecapi itu.
  8. Suami/isteri yang romantis sentiasa mengungkapkan kata-kata yang membahagiakan pasangan bukan sahaja di saat sedang mengecapi kebahagiaan tetapi jua di kala mereka dan pasangan diselubungi duka dan lara.. sebab dia tahu pasangannya amat memerlukan sokongan dan kata semangat dari dia di kala kesempitan melebihi kata-kata indah di kala kegembiraan

So now, jom kita pakat jadi suami dan isteri yang paling romantis buat pasangan. siapa kata orang yang pandai menutur bicara dan mendendangkan lagu puisi sahaja yang romantis?.. kita2 yang langsung tak tahu sastera ni pun boleh jadi suami atau isteri yang romantis apa?... KITA?.. haha, penulis belum lagi ea... blm smpai masa, sekadar ingatan utk semua dan peringatan utk diri sndiri bila dah smpai waktu nanti.. :)...