5/27/10

tak layak ke?

start dr sekolah rendah sampailah sekarang, cita2 i untuk jadi pendidik tak pernah padam dalam hati i. cuma kdg2 i rasa putus asa bila diri i tak pernah diberi peluang untuk menjawat jawatan sebagai pendidik or mengikuti mana2 kursus yang melayakkan diri i bergelar 'cikgu'. tak tahu kenapa?? apa diri i ni mmg tak layak ke untuk bergelar pendidik? pernah dlm n3 lama i, i ada menceritakan bagaimana perjalanan akademik i begitu berterabur n mengapa i begitu berminat dengan bidang pendidikan ni...bermula dgn bidang sains pertanian, i kemudian melibatkan diri dlm bidang pengurusan sumber manusia n now terjun plak ke dlm bidang yg mmg mencabar tahap iq i iaitu perakaunan.sungguh semua ni tak kena dgn jiwa i. i lbh minat bidang pendidikan...tapi dah takdir i kan..cuma sedikit terkilan je lah..bukan kata tak bersyukur..tapi itulah, sebagai hamba yang selalu alpa, i kdg2 lupa bhw perancangannya mengatasi segala2nya n tersembunyi pelbagai hikmah yang kadangkala sukar untuk kita bayangkan.Astaghfirullah, betapa berdosanya aku, Ya Allah ampunilah dosa hamba-Mu yg lemah lg hina ini.

i hrp suatu hr nanti i diberi kesempatan dan peluang untuk mengecap nikmatnya bergelar seorang pendidik. berkongsi ilmu dgn mereka yg dahagakan pengetahuan dan sentiasa dambakan kejayaan di hari mendatang. tapi andai suatu masa nanti hingga ke nafas yang terakhir i msh lagi tidak berpeluang untuk menggapai impian i nan satu ini, i harap i akan sentiasa melaksanakan apa jua kerja yang dipertanggungjawabkan kepada i dengan hati yang ikhlas dan tenang. i yakin bahawa segala yang berlaku ada kebaikannya di kemudian hari. mungkinkah diri ini tidak mampu untuk menggalas tugas "cikgu" yg smk hr smk mencabar kewibawaan seorang insan yang bergelar pendidik ini.kita semua tak tahu, yang pasti hanya DIA yg lbh mengerti.

No comments:

Post a Comment