10/22/11

Maksud panggilan untuk suami/isteri anda..

nota hati: gambar sekadar hiasan

Anda pernah tahu tak maksud di sebalik kata panggilan yang anda gunakan untuk suami/isteri anda? anda tahu tak sebenarnya ada satu harapan dan doa terselit di sebalik kata panggilan tersebut..tk pernah tahu?...hmm.. kalau camtu meh sini saya nak bagitahu kt anda apa maksud harapan di sebalik kata panggilan tersebut.. shhhhh…

1.Sayang:
  • smg sayang saya pada kamu sentiasa berkekalan dan sayang kamu pada saya sentiasa hangat serta sayang kita diredhai Yang Esa.

2.Manja/Anje:

  • Semoga kemanjaan yang kamu miliki hanya untuk saya seorang dan semoga saya sentiasa senang dengan sikap manja kamu itu dan smg Allah limpahkan rumahtangga kita dengan warna2 kebahagiaan.

3.Abang / bi:

  • Semoga kamu sentiasa menjadi pelindung saya, penasihat saya, dan penjaga saya. Sesungguhnya saya bersyukur dengan hadiah yang Allah kurniakan kepada saya ini sebab kamu sudi melindungi, menasihati dan menjaga saya saat saya memerlukan kamu.

4.Nama isteri (cth: leya, nur, nora elena…dsbg.. :))

  • Smg kamu sentiasa sempurna di hati saya walau hakikatnya kita semua tidak ada yg sempurna, smg sayang dan cinta sy pada kamu sentiasa bertambah dan tidak kan sedikit pun berkurang kerana kamu adalah insan yg paling aku cinta dan sayang, dan smg Allah lindungi kita dari perasaan benci dan sakit hati.

5.Baby:

  • Smg kamu sentiasa comel di hati saya walau apa jua keadaan kamu dan semoga saya juga tetap comel di jiwamu… smg hati kita jua comel dgn kebaikan dan terhindar dari benda2 yg merosakkan hati dan minda.

6.Dear:

  • Smg kita sentiasa hangat dengan kasih, cinta, dan sayang antara satu sama lain. Dan smg Allah melindungi kita dan keturunan kita dari sebarang hasad dengki dan permusuhan.

7.Busuk/ ucuk:

  • Semoga hati kita sentiasa mekar mewangi dengan kasih sayang serta antara kita sentiasa ingat bhw cinta Allah adalah segalanya.

8.Kanda/dinda:

  • Smg kita sentiasa saling melengkapi antara satu sama lain & smg kita sentiasa bersama berusaha kearah kebahagiaan yang hakiki di alam sana dan mudah-mudahan kita sama2 berusaha menjauhi diri masing2 drp perkara dunia yang melalaikan sesama kita.

Ha… skrg dh tahu kan maksud harapan yg tersirat di sebalik kata panggilan anda terhadap suami/isteri anda?... so, lepas ni bila panggil kesayangan anda tu, jangan kasar2 ea, panggil lah dengan penuh kasih syg, dan smg harapan yg terselit di sebalik tu menjadi kenyataan…

Nota hati: penulis menulis dari hati dan idea yang tercetus dari akal fikiran kurniaan Illahi cuma..tiada bukti saintifik yg sahih pun, tapi apa salahnya selepas ni jadikan ianya bukan panggilan semata ea, smg ada harapan dan doa di situ… harapan yg terbaik untuk anda dan kesayangan anda. Penulis doakan anda semua bahagia di dunia dan di akhirat dan rumahtangga anda disulami dengan kegembiraan yang disebaliknya tidak pernah melupakan Nya yg mengurniakan anda kebahagiaan tersebut :)

ADAKAH INI JEJAKA PILIHAN HATI ANDA?

nota hati: gambar sekadar hiasan....(tajuk jejaka, tapi tiba2 gmbar budak perempuan comel ni plak kan?.. tk sesuai langsung..hehe, nk buat camne, dah sy tkde anak sedara lelaki utk dijadikan model..hik hik...layann...)

Anda nak tak kalau buah hati pengarang jantung anda tu seorang yg kacak, romantic, berkerjaya, kaya, pemurah, pandai berjenaka, menghormati anda sebagai wanita dan sentiasa mengambil berat pasal anda?... hmm mesti nak kan. Tipulah kalau ckp tk…sy pn nak.. namun, andaikata semua ciri2 tu dah ada, tapi……….. kalaulah si dia ni…..

  1. Kacak tahap mengalahkan hero Malaya, bollywood, dan holllywood.. sekali dia dengan segaknya berjalan di jalanan, semua wanita terpegun dan terpesona… tapi, sentiasa berbangga dengan kekacakan yg dimilki dan kdg2 sesuka hati memburukkan mereka yg tk cantik pada pandngan matanya..
  2. Romantik sampaikan hari2 ucapkan kata2 cinta pada anda dan menyayangi anda sebagai pasangan kekasihnya sepenuh hati…coklat dan bunga toksah ckplah, hr2 ada je posmen peribadi dier yg tlg hantarkan kat anda.. tetapi, tidak segan silu bermanja dan berpimpin tangan dengan anda di hadapan khalayak walaupun saat tu baru je rancang nk masuk merisik.. maknanya tk kawen lg lah kan..hehe
  3. Mempunyai kerjaya yang bagus dan kedudukan kewangan yg kukuh. Pendek kata kalau nak tukar kereta hari2 pn pejam sebelah mata je konfem dapat punya.tetapi kedekut toksah nk citer r, hari2 makan mee maggi sbb katanya harta yg ada utk simpanan anda dan dia di hr tua..blh caye ke?..ntah..haha
  4. Pemurah sangat dengan anda sebab anda wanita yg plg dicintainya. Kalau anda mintak segunung emas intan berlian permata pn dia sanggup bagi kat anda…Tetapi kalau dgn anak2 yatim atau org yg tkde kena mengena dengannya perlukan bantuan, haram dia nk hulurkan walau satu sen pun.
  5. Pandai berjenaka sehinggakan kalau anda bersamanya memang tak kering gusi punyerlah.. sampaikan kdg2 anda hampir nk kena strok sbb trlalu kuat ketawa dengan keletah geli hatinya tu…tetapi dengan anak2 kecil jangan kata nk di ajak bergurau senda, nk senyum kat si comel tu pun payah..
  6. Menghormati anda sebagai wanita.. sampaikan dia sanggup bukak langkah silat kalau ada sape2 yg cuba merendahkan anda dan menyakiti hati anda… tetapi dengan org tua jangan kata nk hormat, salam dengan diaorang pun tk pernah nk cium tangan tanda hormat..hmm..
  7. Ambil berat pasal anda sampaikan kalau anda sakit, doctor tak sempat lagi nak bagi ubat, dia cepat2 dah suapkan ubat utk anda… tlg picitkan kepala anda… tolong hiburkan hati anda agar kurang rasa sakit yg dialami, tetapi kalau org tua kat kampong suruh balik sebab adik bongsu dia yg masuk hospital teringin nk jumpa dengannya, dengan selambanya dia akan jawab, “alah doctor kan ada nk jaga adik, takyah susahkan saya nk blik semata2 nk tengok n jumpa dia.. bukan sakit kuat pun.. mengada2…”huhu

ha,...Agak2 anda minat lagi tak kt dorang kalau anda tahu perangai di sebalik kesempurnaan yang dimilikinya tu..?... hmmm…. pikir jap..hehe

Adik2 semua… kalaulah ditakdirkan jodoh kita tu sempurna tetapi disebalik kesempurnaan yg ada terselit sifat yg kurang menyenangkan, janganlah kita terus reject dia ea… sebab tiada manusia yg sempurna pun di dunia ini… apa kata kita sebagai wanita yg dicintainya ni, cuba sedaya mungkin untuk menarik dia kearah yg lebih baik… jadikan kasih sayang dia terhadap kita sebagai satu senjata utk kita sama2 menegur dan belajar menjadi yg baik buat pasangan masing2 dan org sekeliling… sentiasa saling ingat mengingati dan berpesan sesama sendiri… mudah-mudahan yg buruk kita jadikan sempadan dan yg baik kita jadikan teladan.. kita juga sentiasa kena ingat bhw jodoh yg Allah tetapkan utk kita adalah yg terbaik buat kita.. kekurangan yg dia miliki tidak seharusnya kita jadikan satu alasan untuk kita menghentam, meleteri dan membencinya, tetapi jadikan ia sebagai satu perkara yg boleh memberikan kita inspirasi untuk membantunya kearah kebaikan sebab kekasih yg baik akan sentiasa mengajak pasangannya melakukan perkara yg Allah redhai… oleh itu, bercintalah dengan setulus hati tetapi tidak melupakan kasih Illahi… semoga jodoh yg tercipta utk kita membawa kita ke jalan kebahagiaan bukan sahaja di dunia tetapi jua di akhirat sana. :)

10/9/11

mahu cantik @ seksa?

gambar sekadar hiasan... abaikan teddy along yg dh brtukar warna tu ea... hehe

Hai.. hr ni aku kembali dengan idea yang ramai sgt dah sibuk2 duk kongsikan… termasuk gak aku yg bru hr ni mengada2 nk kongsi gak pa yg aku rasa nk kongsi… (ayat aku sgt serabut kan… layan je…hehe)

Ramai yang anggap wanita dan kecantikan ni mmg sesuatu yg susah sgt2 nk dipisahkan… majority wanita nak dianggap, dilihat dan merasa cantik sentiasa bukan sahaja di mata sendiri malah di mata org lain.. termasuk gak aku.. haha

So, ni aku nak ckp sikitlah kan pengalaman aku yang berkait dengan soal kecantikan ni.. pendekkan citer, dulu oleh kerana aku obsess nk kelihatan cantik, aku selalu marahkan diri aku sendiri sebab tak cantik mcm kwn2 aku.. aku malu setiap kali nk kluar melihat dunia sbb aku rasa aku akan ditertawakan olh org len (sgt mengada kan... tp btul dolu2 aku mcm ni...).. kdg2 aku naik angin bila aku try nk jd cnttik tapi tk menjadi.. teruk aku time tu.. asyik rendah diri je kojenya… huhu… dan… pernah aku menyalahkan takdir knp aku tdk dilahirkan secantik kakakku dan kwn2 aku yg lain.. aku tak putih… tak mempunyai hidung yg mancung.. tak langsing… tak berperwatakan menarik… tak berkulit mulus mcm gadis2 di luar sana… selalu aku kutuk diri aku sendiri… namun, sekarang bila aku fikir balik, betapa aku rasa aku sangat berdosa… aku sangat tak pandai nak bersyukur dengan kurniaan ILLAHI.. aku terlalu berfikiran sempit sbb dulu aku rasa wanita cantik akan dapat perhatian ramai dan akan peroleh apa yang mereka hajatkan.. sungguh aku rasakan aku dulu sangat teruk… ASTAGHFIRULLAH..

Dan kini…, aku sentiasa berfikir kenapalah aku sanggup lakukan semua benda2 yg teruk tu dulu hanya kerana nak kelihatan CANTIK… sedangkan di sebalik apa yang aku dah ada, terselindung beribu rahmat yang aku tak pernah Nampak dan cuba untuk rungkaikan selama ni…

  • Aku selalu fikirkan knp aku tidak berkulit putih sedangkan kulit yg putih blm tentu menjadikan seseorang mempunyai hati yang putih bersih juga..
  • Aku selalu inginkan hidung yang mancung, sedangkan hidung yang aku ada sekaranglah yang Allah bagi yang membolehkan aq menyedut udara Allah sehingga ke saat ini… beribu jenis wangian yg Allah ciptakan telah aku hidu…
  • Aku selalu inginkan badan yang langsing, sedangkan aku tak terfikir selama ni, kalaulah Allah jadikan aku sekurus mereka yang kebuluran tidak memunyai makanan di dunia luar sana, sudah tentu aku tidak mampu bergerak aktif seperti sekarang.. tidak bertenaga melakukan aktiviti harian seperti hari ni..
  • Aku selalu inginkan kulit yang mulus seperti bayi, sedangkan selama ini aku tidak pernah bersyukur dengan kurniaan Allah yang satu ini dan terfikir kalaulah Tuhan berikan aku kulit yang mulus namun alah dengan pelbagai benda dan persekitaran, apa akan jadi pada aku… tentu susahkan aku nk lakukan kerja seharian aku, dan beribu duit akan dihabiskan semata-mata untuk berubat mendapatkan kulit yg sihat..
  • Aku selalu inginkan perwatakan diri yang menarik yang mampu membuat orang tertawan dengan aku, sedangkan selama ini aku tidak terfikir andai aku seorang yang sangat menarik di mata orang lain, sudah tentu aku tak bebas ke mana-mana, asyik diganggu selalu sbb daya penarik yang aku ada…
  • Aku selalu ingin menjadi seorang wnaita yang sempurna, sedangkan selama ini memang Allah telah jadikan aku seorang yg sempurna tanpa ada cacat celanya.. aku ada segala deria, aku punya segala anggota badan yang lengkap, aku ada kemampuan untuk berfikir sehingga aku punyai peluang belajar dan belajar setiap hari..

Oleh itu gadis2 di luar sana, janganlah menjadi seperti aku yg selalu melihat diri tidak sesempurna gadis cantik di luar sana… org yg cantik fizikalnya blm tentu menjamin kecantikan dalaman juga.. org yang cantik tidak menjamin di manakah tempat terakhir kita nanti, samada disyurga atau neraka… org yg cantik tidak semestinya bahagia hanya krn kecantikan yg dimiliki… mrk sudah tntu punya konflik hidup tersendiri sebab tiada sesiapa di dunia ini hidup tanpa diuji oleh penciptaNya… kecantikan, kemewahan, dan kecerdikan itu adalah satu ujian… ketidaksempurnaan, kemiskinan dan kebodohan itu juga satu ujian.. yang penting kita laksanakan tugas kita sebagai hambaNya dengan sebaik-baiknya… mudah-mudahan penghujung cerita kita adalah kesudahan yang baik yang diredhai oleh Allah bukan kesengsaraan dan kemurkaan dari Nya…

Nota kaki: aku tahu sdh berapa ramai yg cuba membuka mata mereka di luar sana bhw kecantikan bukanlah segala-galanya bagi diri seorang wanita… tetapi ini semua dari sudut pandangan aku, aku sedar bhw keinginan melampau untuk melihat diri secantik org lain merupakan satu benda yang menyeksakan kerana kita manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada… Cuma satu cara untuk membuat diri kita sentiasa merasa cukup iaitu dengan bersyukur dengan segala nikmat dan kurniaan yang Allah telah anugerahkan pada kita selama ini… andai dihitung, tidak termampu rasanya kita untuk menghitung setiap kurniaan dariNya kerana nikmatNya terlalu banyak.. oleh itu bersyukurlah.. jadikanlah diri kita bukan semata2 cantik di luar, tetappi cantik dan bersih jua di dalam…

10/8/11

Dan aku… Nor Afatihah MK.. wajah baru?


Mulai hari ini, blog ini bukan sahaja bercerita tentang xtvt harian si penulis sahaja… tapi lebih dari itu.. aku nak jadikan blog ni salah satu tempat untuk aku menyuarakan pendapat dan idea yang aku rasakan aku perlu luahkan dan kongsikan dengan sesiapa sahaja yang sudi menjengah kat sini.. aku sedar kehadiran blog aku dalam dunia maya ni tidak mendapat perhatian sesiapa.. tapi aku tak kisah sebab yang penting aku puas bila aku dapat laksanakan apa yang aku ingin lakukan.. sekian lama aku menyepi dari dunia blog, kini aku kembali semula dengan harapan aku dapat menyajikan sesuatu untuk masyarakat di luar sana.. namun aku bukanlah si pemuitis atau orang yang bijaksana yang pandai menyusun kata dan ayat untuk meluahkan idea yang ada… yang aku tahu aku seorang yang akan mengarang apa yang aku ingin karangkan mengikut apa yang ada dalam fikiran aku.. semoga semangat baru aku yang berkobar-kobar ni tidak hangat-hangat tahi ayam sahaja, sebab aku yakin dunia blog merupakan sesuatu yang indah dan menghiburkan andai kita pandai menggunakannya sebaik mungkin…

Nota kaki: tetiba ayat aku jadi skema lah plak kan.. no no no… aku tak suka skema2 ni.. rimas der.. walaupun ramai yg cop aku si budak skema tahap susah nak diubati, tapi hakikatnya hanya aku dan orang yang kenal dgn aku je tahu bhw aku seorang yg sangat gila2… gila2 ok.. bukan G.I.L.A. huhuhu….so, nantiikan n3 seterusnya.. agak2 pa yg aku nak kongsikan erk… ntah, aku pn tk terpikio lagi ni… haha… kau ada?... tetiba lg kan…alalalala….aku chow cendol dlu ea…