10/22/11

Maksud panggilan untuk suami/isteri anda..

nota hati: gambar sekadar hiasan

Anda pernah tahu tak maksud di sebalik kata panggilan yang anda gunakan untuk suami/isteri anda? anda tahu tak sebenarnya ada satu harapan dan doa terselit di sebalik kata panggilan tersebut..tk pernah tahu?...hmm.. kalau camtu meh sini saya nak bagitahu kt anda apa maksud harapan di sebalik kata panggilan tersebut.. shhhhh…

1.Sayang:
  • smg sayang saya pada kamu sentiasa berkekalan dan sayang kamu pada saya sentiasa hangat serta sayang kita diredhai Yang Esa.

2.Manja/Anje:

  • Semoga kemanjaan yang kamu miliki hanya untuk saya seorang dan semoga saya sentiasa senang dengan sikap manja kamu itu dan smg Allah limpahkan rumahtangga kita dengan warna2 kebahagiaan.

3.Abang / bi:

  • Semoga kamu sentiasa menjadi pelindung saya, penasihat saya, dan penjaga saya. Sesungguhnya saya bersyukur dengan hadiah yang Allah kurniakan kepada saya ini sebab kamu sudi melindungi, menasihati dan menjaga saya saat saya memerlukan kamu.

4.Nama isteri (cth: leya, nur, nora elena…dsbg.. :))

  • Smg kamu sentiasa sempurna di hati saya walau hakikatnya kita semua tidak ada yg sempurna, smg sayang dan cinta sy pada kamu sentiasa bertambah dan tidak kan sedikit pun berkurang kerana kamu adalah insan yg paling aku cinta dan sayang, dan smg Allah lindungi kita dari perasaan benci dan sakit hati.

5.Baby:

  • Smg kamu sentiasa comel di hati saya walau apa jua keadaan kamu dan semoga saya juga tetap comel di jiwamu… smg hati kita jua comel dgn kebaikan dan terhindar dari benda2 yg merosakkan hati dan minda.

6.Dear:

  • Smg kita sentiasa hangat dengan kasih, cinta, dan sayang antara satu sama lain. Dan smg Allah melindungi kita dan keturunan kita dari sebarang hasad dengki dan permusuhan.

7.Busuk/ ucuk:

  • Semoga hati kita sentiasa mekar mewangi dengan kasih sayang serta antara kita sentiasa ingat bhw cinta Allah adalah segalanya.

8.Kanda/dinda:

  • Smg kita sentiasa saling melengkapi antara satu sama lain & smg kita sentiasa bersama berusaha kearah kebahagiaan yang hakiki di alam sana dan mudah-mudahan kita sama2 berusaha menjauhi diri masing2 drp perkara dunia yang melalaikan sesama kita.

Ha… skrg dh tahu kan maksud harapan yg tersirat di sebalik kata panggilan anda terhadap suami/isteri anda?... so, lepas ni bila panggil kesayangan anda tu, jangan kasar2 ea, panggil lah dengan penuh kasih syg, dan smg harapan yg terselit di sebalik tu menjadi kenyataan…

Nota hati: penulis menulis dari hati dan idea yang tercetus dari akal fikiran kurniaan Illahi cuma..tiada bukti saintifik yg sahih pun, tapi apa salahnya selepas ni jadikan ianya bukan panggilan semata ea, smg ada harapan dan doa di situ… harapan yg terbaik untuk anda dan kesayangan anda. Penulis doakan anda semua bahagia di dunia dan di akhirat dan rumahtangga anda disulami dengan kegembiraan yang disebaliknya tidak pernah melupakan Nya yg mengurniakan anda kebahagiaan tersebut :)

No comments:

Post a Comment