10/9/11

mahu cantik @ seksa?

gambar sekadar hiasan... abaikan teddy along yg dh brtukar warna tu ea... hehe

Hai.. hr ni aku kembali dengan idea yang ramai sgt dah sibuk2 duk kongsikan… termasuk gak aku yg bru hr ni mengada2 nk kongsi gak pa yg aku rasa nk kongsi… (ayat aku sgt serabut kan… layan je…hehe)

Ramai yang anggap wanita dan kecantikan ni mmg sesuatu yg susah sgt2 nk dipisahkan… majority wanita nak dianggap, dilihat dan merasa cantik sentiasa bukan sahaja di mata sendiri malah di mata org lain.. termasuk gak aku.. haha

So, ni aku nak ckp sikitlah kan pengalaman aku yang berkait dengan soal kecantikan ni.. pendekkan citer, dulu oleh kerana aku obsess nk kelihatan cantik, aku selalu marahkan diri aku sendiri sebab tak cantik mcm kwn2 aku.. aku malu setiap kali nk kluar melihat dunia sbb aku rasa aku akan ditertawakan olh org len (sgt mengada kan... tp btul dolu2 aku mcm ni...).. kdg2 aku naik angin bila aku try nk jd cnttik tapi tk menjadi.. teruk aku time tu.. asyik rendah diri je kojenya… huhu… dan… pernah aku menyalahkan takdir knp aku tdk dilahirkan secantik kakakku dan kwn2 aku yg lain.. aku tak putih… tak mempunyai hidung yg mancung.. tak langsing… tak berperwatakan menarik… tak berkulit mulus mcm gadis2 di luar sana… selalu aku kutuk diri aku sendiri… namun, sekarang bila aku fikir balik, betapa aku rasa aku sangat berdosa… aku sangat tak pandai nak bersyukur dengan kurniaan ILLAHI.. aku terlalu berfikiran sempit sbb dulu aku rasa wanita cantik akan dapat perhatian ramai dan akan peroleh apa yang mereka hajatkan.. sungguh aku rasakan aku dulu sangat teruk… ASTAGHFIRULLAH..

Dan kini…, aku sentiasa berfikir kenapalah aku sanggup lakukan semua benda2 yg teruk tu dulu hanya kerana nak kelihatan CANTIK… sedangkan di sebalik apa yang aku dah ada, terselindung beribu rahmat yang aku tak pernah Nampak dan cuba untuk rungkaikan selama ni…

  • Aku selalu fikirkan knp aku tidak berkulit putih sedangkan kulit yg putih blm tentu menjadikan seseorang mempunyai hati yang putih bersih juga..
  • Aku selalu inginkan hidung yang mancung, sedangkan hidung yang aku ada sekaranglah yang Allah bagi yang membolehkan aq menyedut udara Allah sehingga ke saat ini… beribu jenis wangian yg Allah ciptakan telah aku hidu…
  • Aku selalu inginkan badan yang langsing, sedangkan aku tak terfikir selama ni, kalaulah Allah jadikan aku sekurus mereka yang kebuluran tidak memunyai makanan di dunia luar sana, sudah tentu aku tidak mampu bergerak aktif seperti sekarang.. tidak bertenaga melakukan aktiviti harian seperti hari ni..
  • Aku selalu inginkan kulit yang mulus seperti bayi, sedangkan selama ini aku tidak pernah bersyukur dengan kurniaan Allah yang satu ini dan terfikir kalaulah Tuhan berikan aku kulit yang mulus namun alah dengan pelbagai benda dan persekitaran, apa akan jadi pada aku… tentu susahkan aku nk lakukan kerja seharian aku, dan beribu duit akan dihabiskan semata-mata untuk berubat mendapatkan kulit yg sihat..
  • Aku selalu inginkan perwatakan diri yang menarik yang mampu membuat orang tertawan dengan aku, sedangkan selama ini aku tidak terfikir andai aku seorang yang sangat menarik di mata orang lain, sudah tentu aku tak bebas ke mana-mana, asyik diganggu selalu sbb daya penarik yang aku ada…
  • Aku selalu ingin menjadi seorang wnaita yang sempurna, sedangkan selama ini memang Allah telah jadikan aku seorang yg sempurna tanpa ada cacat celanya.. aku ada segala deria, aku punya segala anggota badan yang lengkap, aku ada kemampuan untuk berfikir sehingga aku punyai peluang belajar dan belajar setiap hari..

Oleh itu gadis2 di luar sana, janganlah menjadi seperti aku yg selalu melihat diri tidak sesempurna gadis cantik di luar sana… org yg cantik fizikalnya blm tentu menjamin kecantikan dalaman juga.. org yang cantik tidak menjamin di manakah tempat terakhir kita nanti, samada disyurga atau neraka… org yg cantik tidak semestinya bahagia hanya krn kecantikan yg dimiliki… mrk sudah tntu punya konflik hidup tersendiri sebab tiada sesiapa di dunia ini hidup tanpa diuji oleh penciptaNya… kecantikan, kemewahan, dan kecerdikan itu adalah satu ujian… ketidaksempurnaan, kemiskinan dan kebodohan itu juga satu ujian.. yang penting kita laksanakan tugas kita sebagai hambaNya dengan sebaik-baiknya… mudah-mudahan penghujung cerita kita adalah kesudahan yang baik yang diredhai oleh Allah bukan kesengsaraan dan kemurkaan dari Nya…

Nota kaki: aku tahu sdh berapa ramai yg cuba membuka mata mereka di luar sana bhw kecantikan bukanlah segala-galanya bagi diri seorang wanita… tetapi ini semua dari sudut pandangan aku, aku sedar bhw keinginan melampau untuk melihat diri secantik org lain merupakan satu benda yang menyeksakan kerana kita manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada… Cuma satu cara untuk membuat diri kita sentiasa merasa cukup iaitu dengan bersyukur dengan segala nikmat dan kurniaan yang Allah telah anugerahkan pada kita selama ini… andai dihitung, tidak termampu rasanya kita untuk menghitung setiap kurniaan dariNya kerana nikmatNya terlalu banyak.. oleh itu bersyukurlah.. jadikanlah diri kita bukan semata2 cantik di luar, tetappi cantik dan bersih jua di dalam…

10/8/11

Dan aku… Nor Afatihah MK.. wajah baru?


Mulai hari ini, blog ini bukan sahaja bercerita tentang xtvt harian si penulis sahaja… tapi lebih dari itu.. aku nak jadikan blog ni salah satu tempat untuk aku menyuarakan pendapat dan idea yang aku rasakan aku perlu luahkan dan kongsikan dengan sesiapa sahaja yang sudi menjengah kat sini.. aku sedar kehadiran blog aku dalam dunia maya ni tidak mendapat perhatian sesiapa.. tapi aku tak kisah sebab yang penting aku puas bila aku dapat laksanakan apa yang aku ingin lakukan.. sekian lama aku menyepi dari dunia blog, kini aku kembali semula dengan harapan aku dapat menyajikan sesuatu untuk masyarakat di luar sana.. namun aku bukanlah si pemuitis atau orang yang bijaksana yang pandai menyusun kata dan ayat untuk meluahkan idea yang ada… yang aku tahu aku seorang yang akan mengarang apa yang aku ingin karangkan mengikut apa yang ada dalam fikiran aku.. semoga semangat baru aku yang berkobar-kobar ni tidak hangat-hangat tahi ayam sahaja, sebab aku yakin dunia blog merupakan sesuatu yang indah dan menghiburkan andai kita pandai menggunakannya sebaik mungkin…

Nota kaki: tetiba ayat aku jadi skema lah plak kan.. no no no… aku tak suka skema2 ni.. rimas der.. walaupun ramai yg cop aku si budak skema tahap susah nak diubati, tapi hakikatnya hanya aku dan orang yang kenal dgn aku je tahu bhw aku seorang yg sangat gila2… gila2 ok.. bukan G.I.L.A. huhuhu….so, nantiikan n3 seterusnya.. agak2 pa yg aku nak kongsikan erk… ntah, aku pn tk terpikio lagi ni… haha… kau ada?... tetiba lg kan…alalalala….aku chow cendol dlu ea…

4/25/11

nk tips tk?

hai world...(budget blog femes ni..hik hik)
esok da 3rd paper utk final exam kali ni, tp hr ni menggatal gak i nk hapdate blog...tkpekan..tkpekan...

btw, since la ni musim demam final especially bdk2 ipta, so la ni gak i nk kongsilah bbrp tips yg korang sume pn mcm dh tahu kan... tp, saje i nk highlight gak kt sini kot2 lah ada yg tk tahu lg kan..hehe

tips ni sesuai utk mrk yg prnah mengalami situasi panik waktu nk jwb exam tu... ni ha i nk share bbrp tips yg tip top punya...lalala

1) kalau tiba2 korang nebes yg amat bila baca soalan yg da best tu kan... pa kata korang stop menjawab jap n duduk dlm keadaan tegak...jgn brdiri ye, gnggu org len plak..tetibe..

2) lakukan prnafasan alfa n tenangkan fikiran anda

3) kendurkan otot2 muka, tengkuk, tangan, paha, kaki dan yg mana2 rasa tegang tu sbb ketegangan otot pn membuatkan kita tk selesa kan...

4) cuba pejamkan mata sebentar n bayangkan anda berada kt tempat yg aman yg amat...tp, jgn lama sgt erk smpai trtidur, kot2 lah habis masa pun korang still berangan lg... ni juz nk relakskan fikiran sekejap kot2 lah timbul ilham lepas tu kan..

5) jgn lupa Tuhan, berdoalah padaNya agar diberi ketenangan dan idea utk jwb soalan2 best tu semua... tp jgn wktu susah mcm ni je ingat Tuhan, ingatlah sntiasa ye...:)

6) katakan pd diri anda akan buat yg trbaik dan anda mampu lakukannya... tp, jgn jerit...tk psl2 ada yg kena halau.. tk pasal2 tmbahkan masalah..iya dok?

7) cuba ingat prlahan2 fakta2 yg penting

8) buat soalan lain dulu sekiranya gagal jwb soalan yg dihadapi sbb kemungkinan bsr minda separa sedar anda akan berfikir utk soalan ini ktk anda menjwab soalan lain...

so, tu jelah tips yg mampu Miss Fatihah berikan kpd adik2 semua... dan ingatlah kegagalan menangani panik ktk peperiksaan blh menyebabkan anda hilang fokus utk mnjwb keseluruhan soalan bg sesuatu subjek tu... so, try da best no... relax2 aja n jgn stress sgt... anggaplah soalan2 tu semua soalan yg plg TADIKA buat anda...:) luv u oll...

sumber fakta: unit kaunseling & kerjaya UNISZA....

4/21/11

mereka yg comel...

bagi aku mereka yg plg comel di hati adlh bayi dan kanak2...
hati mrk tulus...
jiwa mereka mulus...
andai aku dibalut resah yg berpanjangan,
satu je yg aku mampu dan seronok lakukan..
melihat wajah2 comel si kecil..
tak kira anak siapa dan asal mana mereka..
yg penting di hati aku..
mereka semua berhati bersih dan dari situlah terpancar kesucian di wajah2 mereka...
sungguh aku sayang yg amat pd anak2 kecil..
dan apa yg plg aku benci adalah mereka yg tdk pernah mahu bersyukur dengan anugerah yg terindah ini drp ILLAHI..
aku bencikan pembuangan bayi...aku bencikan penderaan kanak2...aku bencikan mereka yg suka membuat anak2 kecil ini menderita...
kerna sayangku dan cintaku pada mereka amat kuat...
andai diberi pilihan ingin rasanya aku memiliki mereka sebagai putera puteri hatiku..
tapi masa belum mengizinkan..
masih banyak yg perlu aku laksanakan..
dan msh banyak yg aku perlu pelajari agar nanti dpt kuberikan didikan yg sempurna buat bakal putera dan puteri idaman hatiku...

jom layan wajah2 mereka yg sgt comel..


ololo sukanya dier kan... comei yg amat...nk cubit blh?:)


ni gadis munga ni... tgk tgn dier pegang munga tu..ololo, rasa mcm nk gigit je...


cak...:), knp kamu sgt comel....? i jeles ni...(tetiba kan)


owh kamu tahu kamu tidur mcm tu pn comel... mcm kesian je tgk baby ni kan...ololo...


dunia kami penuh warna warni...yeah....

all pictures credit to MR>GOOGLE yg baik hati...:)

happy 1st BFF anniversary






16/04/11

our 1st anniversary.....
hope kite selalu begini.....
rasa kasih dan sayang sentiasa mekar di taman hati....
senang bersama...duka jua bersama.....

dis n3 is from da 1st pocket....
2nd n3 akan menyusul 6t...maybe after my final exam.....

4/12/11

nk gedix2 blh?

no idea, but still want to post an n3 today....tu psl tjuk gedix thap gaban tu....wuhuuu.... actually, rindu kt all my BFF...rindu tahap tk blh nk kate pape doh ni..... kepala asyik ingat hr yg bakal tiba utk kami semua...our 1st anniversary...weeeeeeeeeeeeeee............... serius tk sbr yg amat......tp, tuntutan pd tugas2 len membuatkan aq mcm dh ting tong... kepala aq dah ding dong...
sori for this merepek merapu n3..... pkiran kacau...tp jiwa tk kacau k...heheh...
k. daaaaaaaaaaaaa malaysian..(budget mcm 18888888888 org akn baca blog nih...tututut,,,)

4/7/11

sepi

bila diri terasa semakin jauh ditinggalkan...hati mula pilu...jiwa rasa sayu..
bukan aku mengharap sesuatu yang cukup sempurna dari mereka
tapi cukup sekadar mengharap agar mereka membuang rasa benci pada diri ini
atau mungkin rasa tidak senang dengan kehadiran aku
mungkin sikap aku sseperti ini
seolah mengharap perhatian dari mereka
tapi pada hakikatnya aku tetap aku yang tidak pernah dan tidak akan mengharap apa yang aku tidak layak untuk memilikinya
tapi..... memang itu gayaku..memang itu cara pembawakan diriku..
maafkan aku jika kalian tidak mampu untuk rasa senang dengan diri ini..
kerna aku bukan manusia yang sempurna
aku jua ada cacat celanya
tapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik
walau bukan pada pandangan kalian
tapi cukup sekadar sempurna bagi diri ini sahaja..
aku bukan pemuitis..
aku bukan jua pujangga..
aku tidak pandai menutur kata..
tapi aku bisa menulis dari hati,,..
dan... inilah kata hatiku sekarang..
maafkan aku wahai kalian..
maafkan diri yang tidak sempurna ini..
maafkan segala apa yang kalian tidak senang dengan diri aku ini..
maafkan...maaf....dan maaf...
hanya itu yang mampu aku ucapkan..hanya itu yang mampu kukatakan..
sesungguhnya aku hanya insan yang kadangkala memerlukan kalian untuk mewarnai hidup ini..
tapi ....andai kalian tidak mampu menerima diri ini...aku redha... aku pasrah...aku mengerti....
sepiiiiiiii..............